1.0 Suara latar
Penggunaan suara latar bagi penghasilan video komik bersuara ini dihasilkan melalui usaha sama dengan kumpulan lain. Suara bagi watak tambahan dirakam dengan menggunakan khidmat suara dari kumpulan lain.
2.0 Penterjemahan teks komik ke dalam bahasa sasaran
Komik manga Senyuu yang dipilih adalah merupakan komik berbahasa Inggeris. Kumpulan kami menterjemahkan teks komik ke dalam bahasa sasaran, iaitu bahasa Melayu. Strategi-strategi penterjemahan yang digunakan adalah seperti yang berikut:-
2.1 Penambahan
Menurut Nida (1964: 227), prosedur penambahan penting dalam terjemahan untuk menjelaskan makna-makna implisit yang terdapat dalam teks sumber agar pembaca sasaran lebih memahaminya. Dalam kes ini, penambahan digunakan agar mereka yang menonton video komik bersuara ini akan lebih memahami jalan cerita komik tersebut.
Contoh-contoh yang menggunakan penambahan ialah:
Terjemahan:
Ross: Kau tanya 'kenapa'? Sebab dia berlendirlah.
Dalam teks sumber, hanya satu perkataan "why" diucapkan oleh Ross, tetapi dalam terjemahan, ayat ini dipanjangkan agar lebih jelas makna yang ingin disampaikan oleh perkataan "why" itu.
Terjemahan
Penasihat diraja: Saya cuma pilih orang yang nampak seperti dia sahaja. Dan ramai jugak mereka ni.
Penambahan dibuat dalam terjemahan bagi menghasilkan dialog yang lebih berbunyi semulajadi dan sesuai dengan jalan cerita.
2.2 Pengguguran makna
Terjemahan
Alba: Jom!
Teks sumber "let's go! It's right up ahead!" membawa maksud "jom, kat depan sahaja", tetapi terjemahan yang dihasilkan ialah "Jom" sahaja.
Terjemahan
Alba: Gua yang gelap gelita pun dah jadi terang.
Terjemahan yang dihasilkan hanya memindahkan makna untuk ayat "the black caves are pretty bright as well..." sahaja. Ayat "because of everyone's lamps," telah digugurkan. Jika terjemahan yang dihasilkan ingin memindahkan keseluruhan makna teks sumber, maka terjemahan akan berbunyi "kerana semua orang pun bawa lampu, gua yang gelap gelita ni dah jadi terang.".
Terjemahan
Ross: Hero, mereka ada jual pau daginglah kat sini.
Dalam teks sumber, makanan yang dijual dalam gua ialah "black meat buns" , tetapi dalam teks sasaran, makanan ini diterjemahkan kepada "pau daging" sahaja. Hal ini kerana makna "pau daging" lebih mudah difahami kerana makanan ini betul-betul ada di dunia nyata dalam masyarakat sasaran.
2.3 Penggunaan singkatan
Terjemahan:
Alba: Kat sinilah. Jom.
Terjemahan
Ross: Aku tak sangka akan jadi camni.
2.4 Modulasi
Menurut Vinay dan Darbelnet (1995:36), modulasi ialah prosedur bagi sesuatu ayat yang diterjemahkan mengalami perubahan dari segi sudut pandangan. Terdapat dialog-dialog dalam teks sumber diterjemahkan menggunakan modulasi.
Contoh-contoh yang menggunakan modulasi adalah seperti berikut:
Terjemahan:
Ross: Ye la, lepas ni aku akan bantu kau untuk berlawan.
Terjemahan:
Alba: Aku tak faham la dengan kau ni. Dengan sekutu sendiri pun aku tak boleh percaya.
2.5 Adaptasi
Menurut Vinay dan Darbelbet (1995:39), adaptasi merupakan terjemahan yang paling ekstrem, dan adaptasi digunakan apabila situasi atau mesej pada teks asal tidak wujud dalam budaya sasaran.
Berikut adalah contoh-contoh dialog yang diterjemahkan menggunakan adaptasi:
Terjemahan:
Alba: Ada tak bomoh ke apa ke kat sini?
"Healer" ialah seorang yang mempunyai kepakaran dalam mengubati pesakit menggunakan ilmu-ilmu yang tertentu. Dalam budaya Malaysia, seseorang yang mempunyai kepakaran sebegini ialah "bomoh". Oleh itu, "healer" telah diterjemahkan kepada "bomoh".
2.6 Generalisasi
Menurut Hervey dan Higgins (1992: 270), generalisasi ialah istilah yang digunakan untuk menunjukkan situasi apabila teks sasaran menggunakan padanan yang lebih luas maknanya berbanding dengan makna perkataan dalam teks sumber.
Contoh-contoh berikut menunjukkan penggunaan generalisasi dalam terjemahan:
Terjemahan:
Alba: Bodoh punya pisau!
"Dagger" ialah sejenis pisau pendek yang mempunyai mata yang tajam dan melengkung. Dalam teks terjemahan, "dagger" dipadankan dengan istilah yang umum, iaitu "pisau".
2.7 Perubahan makna
Terjemahan
Alba: Alamak!!! Kena beratur la pulak.
Terjemahan
Orang awam B: Oi, buta ke?
No comments:
Post a Comment