Masalah-masalah yang dihadapi boleh dibahagikan kepada masalah teknikal dan masalah bukan teknikal.
MASALAH TEKNIKAL
1) Masalah pengalih suara
Kumpulan kami terdiri daripada 3 orang ahli sahaja. Jadi, terdapat ahli yang perlu melakukan alih suara untuk lebih daripada satu watak. Bagi pembahagian watak, Siti Fatimah melakukan alih suara untuk Alba (Hero), Syafiqah melakukan alih suara untuk Ross (Soldier) dan orang awam, manakala Ai Reen pula melakukan alih suara untuk Rukimedes (Demon King) dan menjadi tukang cerita. Kumpulan kami ada mendapat bantuan daripada rakan-rakan dari kumpulan lain, mereka melakukan alih suara untuk Raja dan Penasihat Diraja.
Selain daripada masalah bilangan ahli, kumpulan kami juga menghadapi masalah dalam melakukan alih suara untuk watak-watak yang utama. Kumpulan kami terdiri daripada 3 orang perempuan. Watak-watak utama dalam komik ini ialah Alba dan Ross, kedua-dua watak utama ini merupakan lelaki.
Nasib baik kami mendapat bantuan daripada dua orang rakan sekelas kami untuk melakukan alih suara bagi Raja dan Penasihat Diraja.
p/s - Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka.
2) Kekurangan kemahiran dalam penggunaan perisian
Kami tidak biasa menggunakan perisian untuk menghasilkan video. Perisian-perisian yang digunakan kami hanya perisian yang biasa. Untuk merakam suara, kami menggunakan voice recorder dalam telefon bimbit masing-masing untuk merakam. Bagi penyuntingan gambar komik, kami menggunakan Microsoft Power Point untuk menyunting dan mengatur gambar-gambar.
3) Masalah mendapatkan suara latar
Susah mendapatkan suara latar yang betul-betul bersesuaian dengan setiap adegan komik. Tambahan pula, komik ini memerlukan banyak suara yang nyaring, ataupun suara-suara menjerit. Selain suara nyaring, terdapat banyak suara latar raksasa, kami menghadapi masalah dalam mendapatkan dan menghasilkan suara-suara raksasa ini.
4) Masalah membuat alih suara
Ini merupakan kali pertama kami melakukan alih suara. Kami tidak mempunyai pengalaman dalam melakukan alih suara. Jadi, kami mengambil masa yang lebih panjang untuk melakukan alih suara. Tambahan pula, watak-watak dalam komik ini menunjukkan perubahan emosi yang besar, kami perlu menjiwai watak tersebut agar suara kami sesuai dengan emosi watak tersebut.
MASALAH BUKAN TEKNIKAL
1) Masalah menterjemahkan dialog
Dialog dalam teks sumber adalah dalam bahasa Inggeris. Kami perlu menterjemahkan dialog-dialog tersebut ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan yang dihasilkan harus berbunyi semula jadi, iaitu menggunakan bahasa percakapan harian masyarakat Malaysia. Kumpulan kami menghadapi masalah dalam mengekalkan makna dialog secara keseluruhan. Selain itu, kami juga menghadapi masalah untuk mengekalkan emosi-emosi yang ditonjolkan melalui dialog yang diucapkan oleh setiap watak.
Strategi-strategi yang diambil oleh kumpulan kami dalam mengatasi masalah menterjemahkan dialog ini ada dimasukkan dalam bahagian strategi.
2) Masalah persekitaran
Untuk membolehkan suara yang dirakam jelas, kami perlu mencari tempat yang senyap untuk membuat rakaman suara. Oleh itu, kami hanya boleh melakukan rakaman suara pada waktu malam atau hari minggu semasa makmal interpretasi tidak digunakan. Kami mengambil masa yang panjang untuk melakukan rakaman kerana suara-suara luar yang tidak berkaitan termasuk dalam rakaman kami.
No comments:
Post a Comment