Kumpulan kami terdiri daripada 3 orang ahli iaitu Noor Syafiqah, Ai Reen dan Siti Fatimah.
Kumpulan kami memilih komik Jepun yang bertajuk "Senyuu".
HBT 303: Persediaan Interpretasi
Projek berkumpulan bagi penghasilan video komik bersuara:
Senyuu Episod 1: The Hero Journeys Forth (Pengembaraan Hero Bermula)
Senyuu Episod 2: The Hero's Encounter (Pertembungan Hero)
Komik Senyuu ini merupakan sebuah komik Jepun yang dihasilkan oleh Robinson Haruhara. Kemudian, komik ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Kumpulan kami telah memilih untuk menggunakan gabungan episod 1 dan 2 komik Senyuu ini sebagai video komik bersuara dalam bahasa Melayu.
Mengapa Kami Memilih Komik Ini?
Kumpulan kami telah memilih komik Senyuu ini kerana komik ini penuh dengan unsur humor yang dapat menghiburkan hati. Walaupun jalan ceritanya kelihatan ringkas, namun mempunyai nilai persahabatan yang baik. Sesiapa sahaja boleh membaca dan memahami jalan cerita dalam komik ini.
Sinopsis Keseluruhan Komik
1000 tahun yang lalu, Raja Syaitan telah mengancam kehidupan manusia di bumi tetapi Raja Syaitan tersebut kemudiannya telah dikurung oleh Hero Creasion. Kini, syaitan dan raksasa telah menjelma dari sebuah lubang besar yang muncul secara tiba-tiba. Oleh itu, Raja telah mengarahkan 75 orang yang mungkin berasal daripada keturunan Hero Creasion untuk menghapuskan raksasa-raksasa tersebut. Kisah Senyuu ini mengisahkan kisah hero yang bernombor 45, Alba bersama sekutunya, Ross iaitu seorang tentera askar bangsawan. Pelbagai kisah lucu dan mencabar yang terpaksa dihadapi oleh mereka.
Sinopsis Bagi Episod 1 & 2
Si hero, Alba yang ditemani oleh askar bangsawan, Ross bersama-sama mengembara untuk menjejaki Raja Syaitan. Dapatkah mereka menjejaki Raja Syaitan tersebut?
Watak-watak Utama Yang Terdapat Dalam Episod 1 & 2
Alba (PS: Fatimah AG)
Alba merupakan watak utama Senyuu. Dia salah seorang yang mungkin berketurunan Hero Creasion dan memakai loket hero yang bernombor 45. Dia mengembara bersama-sama askar bangsawan, Ross untuk menjejaki Raja Syaitan. Namun begitu, dia sering dibuli oleh Ross. Dia bersifat berani dan sering menggelabah. Pelakon suara (PS) asal Alba ialah Hiro Shimono dan versi bahasa Melayu pula menggunakan suara Fatimah AG.

NAMA
|
ALBA (アルバ)
|
NAMA LAIN
|
HERO NO. 45, AHLI SIHIR PERTAMA (the first great mage)
|
UMUR
|
16 TAHUN
|
TARIKH LAHIR
|
6 MAC
|
JANTINA
|
LELAKI
|
STATUS
|
HIDUP
|
PEKERJAAN
|
HERO, SAINTIS, AHLI SIHIR
|
SUARA
|
FATIMAH AG
|
Ross (PS: Syafiqah Bekri)
Ross ialah seorang askar bangsawan yang telah ditugaskan untuk membantu hero bernombor 45 iaitu Alba. Namun, Ross suka membuli Alba bagi tujuan menghiburkan hati. Dia seorang yang bersifat tenang dan sarkastik, Pelakon suara asal Ross ialah Yuichi Nakamura dan versi bahasa Melayu pula menggunakan suara Syafiqah Bekri.



NAMA
|
ROSS (ロス)
|
NAMA LAIN
|
SHION, CREASION, HERO LEGENDA
|
UMUR
|
21
|
TARIKH LAHIR
|
4 MEI
|
JANTINA
|
LELAKI
|
STATUS
|
HIDUP
|
PEKERJAAN
|
ASKAR DIRAJA
|
SUARA
|
SYAFIQAH BEKRI
|
Ruki (PS: Ai Reen)
Ruki ialah keturunan Raja Syaitan yang ketiga. Dia berusia beratus-ratus tahun tetapi baru sahaja mewarisi takhta 10 tahun yang lalu. Jadi, dia hanya menampilkan diri sebagai kanak-kanak berusia 10 tahun. Dia juga menggemari minuman Fanta. Pelakon suara asal Ruki ialah Ai Kayano dan versi bahasa Melayu menggunakan suara Ai Reen.



NAMA
|
RUKI (ルキ)
|
NAMA LAIN
|
RCHIMEDES KETIGA, RAJA SYAITAN, LUMIERE
|
UMUR
|
10 TAHUN
|
TARIKH LAHIR
|
27 OGOS
|
JANTINA
|
PEREMPUAN
|
STATUS
|
HIDUP
|
PEKERJAAN
|
RAJA SYAITAN
|
SUARA
|
AI REEN
|
Watak-watak Sampingan Yang Lain:-
Pencerita: Ai Reen
Raja: Gan Almaz
Penasihat Raja: Ariff Ashraff
Watak-watak lain: Ai Reen, Syafiqah Bekri, Fatimah AG
No comments:
Post a Comment