Dalam menterjemahkan teks sumber juga, kami juga perlu menterjemahkan setiap dialog kepada bahasa harian yang digunakan oleh penonton sasaran. Teks terjemahan yang dihasilkan berbunyi semulajadi dan lebih mesra pendengar.
Proses penghasilan video komik bersuara ini mengajar kami untuk bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami belajar untuk bekerjasama dengan kumpulan lain bagi menghasilkan video komik bersuara yang lebih menarik.
Akhir sekali, kami gembira melakukan projek ini dan menerusi projek ini juga, kami mengetahui kepentingan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Secara tidak langsung, kami juga sedar akan kepentingan untuk menjadi penterjemah/jurubahasa yang serba boleh dan memenuhi keperluan pasaran.
No comments:
Post a Comment